Pilihan Mengikut Keperluan Ladang
Memacu Pertumbuhan dengan Produk Berkualiti
FELCRA Niaga menghasilkan dan membekalkan produk berkualiti tinggi berjenama FN yang dirumus untuk memenuhi pelbagai keperluan tanah dan tanaman di Malaysia. Setiap produk dibangunkan dengan teliti bagi meningkatkan kesuburan tanah, menyokong pertumbuhan tanaman yang sihat serta memaksimumkan potensi hasil.
FN Zeo
FN Zeo dirumus daripada Zeolit Klinoptilolit semula jadi, sejenis mineral yang terbentuk melalui tindak balas kimia semula jadi antara abu gunung berapi dan air bawah tanah beralkali.
Proses ini menghasilkan struktur kristal yang sangat berliang dengan keupayaan pertukaran ion yang tinggi, menjadikannya sangat berkesan dalam meningkatkan kualiti tanah.
Secara semula jadi kaya dengan Silika, Kalsium dan mineral tambahan lain yang bermanfaat untuk kesihatan tanah dan tanaman.
Kelebihan Menggunakan Zeolite
- Meningkatkan hasil dan produktiviti tanaman secara keseluruhan.
- Meningkatkan ketahanan tanaman serta mengurangkan kejadian penyakit.
- Mengandungi kandungan Silika yang tinggi, iaitu 66.29%.
- Membantu membetulkan pH tanah berasid (pH 3.0–5.0) kepada julat pH optimum untuk kesuburan tanah (pH 6.0–7.0).
- Meningkatkan pengudaraan dan saliran air dalam tanah.
- Mempunyai Kapasiti Pertukaran Kation (CEC) yang tinggi, membantu mengekalkan nutrien lebih lama dalam tanah serta mengurangkan pembaziran nutrien.
KANDUNGAN
- Size: 2-5mm (Granular) / 100mesh (Powder)
- AI2O3: 12.16%
- Fe2O3: 1.44%
- MgO: 1.14%
- Na2O: 3.17%
- K2O: 2.92%
- pH: 7
- CEC meg/100g : 120 - 150
- LO1: 7.16%

