Pilihan Mengikut Keperluan Ladang

Logo FN

Memacu Pertumbuhan dengan Produk Berkualiti

FELCRA Niaga menghasilkan dan membekalkan produk berkualiti tinggi berjenama FN yang dirumus untuk memenuhi pelbagai keperluan tanah dan tanaman di Malaysia. Setiap produk dibangunkan dengan teliti bagi meningkatkan kesuburan tanah, menyokong pertumbuhan tanaman yang sihat serta memaksimumkan potensi hasil.

FN Rich BOF

Baja Bio-Organik FN Rich dihasilkan daripada sisa kelapa sawit yang dikompos menggunakan teknologi moden. Diperkaya dengan mineral dan mikroorganisma bermanfaat untuk membantu meningkatkan aktiviti mikrob serta kesuburan tanah.

FN Rich Bio-Organik diperkaya dengan pelbagai mikroorganisma bermanfaat seperti bakteria pengikat nitrogen (N), bakteria pelarut fosfat (P) dan bakteria pelarut kalium (K). Gabungan ini membantu meningkatkan kesuburan tanah, memudahkan penyerapan nutrien serta menyokong pertumbuhan tanaman yang lebih sihat.

FN Rich BOF (Bio-Organic Fertilizer)
0 %
Mycorrhizae
0 %
Trichoderma
0 %
Bakteria NPK
0 %
Dolomite

Diperkaya Dengan

Mycorrhizae​

Mikroorganisma bermanfaat yang hidup pada akar tanaman.
Membantu meningkatkan keupayaan akar menyerap nutrien dan air serta memperbaiki struktur tanah.
Membantu menguatkan akar daripada serangan penyakit kulat dan meningkatkan hasil tanaman.

Bakteria NPK

Fungsi utama bakteria NPK adalah membantu menjadikan nutrien dalam tanah — nitrogen, fosforus dan kalium — lebih mudah tersedia dan diserap oleh tanaman.
Mengandungi gabungan mikroorganisma bermanfaat seperti bakteria pengikat nitrogen (N), bakteria pelarut fosfat (P) dan bakteria yang membantu meningkatkan ketersediaan kalium (K).

Trichoderma​

Sejenis kulat yang aktif hidup di sekitar permukaan akar tanaman (rizosfera). Membentuk lapisan perlindungan di sekeliling akar untuk membantu melindungi tanaman daripada kebanyakan patogen bawaan tanah melalui persaingan dan meneutralkan enzim patogen.

Dolomite​

Membantu meningkatkan pH tanah serta kandungan nutrien kalsium (Ca) dan magnesium (Mg).
Dolomit juga membantu memperbaiki tekstur, struktur dan sifat biologi tanah.
Kebaikan Semula Jadi untuk Tanah
Pertumbuhan Lebih Sihat, Akar Lebih Kukuh