Bertunjangkan pertanian, FNSB dalam pelan pembangunan jangka panjangnya berhasrat untuk mengembangkan lagi sayap perniagaannya dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan terkini yang berkait rapat dengan industri pertanian bagi memenuhi permintaan dalam dan juga luar negara.
FELCRA NIAGA SDN. BHD.
SEKTOR PERTANIAN
Sektor pertanian di Malaysia mula mendapat tempat dan perhatian oleh semua pihak terutamanya daripada pihak kerajaan dan swasta. Kemajuan teknologi dan tenaga mahir dilihat mampu menjana kepada kemajuan industri ini.
Melihat peluang yang terbuka luas untuk diterokai, Felcra Niaga Sdn Bhd (FNSB) telah mengembangkan sayap perniagaannya dengan menceburi beberapa bidang utama dalam sektor pertanian. Selari dengan kehendak kerajaan yang ingin memajukan sektor ini, FNSB dilihat sebagai sebuah organisasi yang mempunyai daya saing yang tinggi serta mampu memenuhi kehendak pasaran.
Tenaga Mahir
Cemerlang
Profesional
Sistem Teratur
Persekitaran Kompetitif
Objektif
LOGO FELCRA NIAGA
- Logo FELCRA adalah merupakan ekspresi pencapaian matlamat dan objektif organisasi ini.
- Rekabentuk logo menunjukkan tanda-tanda perubahan dalam imej dan hala tuju korporatnya.
- Jalinan warna merah, biru dan putih adalah bersamaan dengan jalinan warna bendera Malaysia (Jalur Gemilang).
- BIRU adalah warna global yang mewakili dunia bisnes .
- MERAH menggambarkan semangat yang dinamik.
- PUTIH melambangkan kecekapan dan kejelasan.