Baja Bio-Organik merupakan baja FELCRA yang dikeluar dan diedarkan oleh FELCRA Niaga Sdn. Bhd.

Sebelum ini dikenali sebagai “NRich BOF”, kini telah dijenamakan semula sebagai “FN Rich BOF”

FN Rich BOF

  • FN Rich Bio-Organik ialah baja yang terhasil daripada sisa kelapa sawit yang dikompos menggunakan teknologi terkini.
  • FN Rich Bio-Organik diperkaya dengan mineral dan mikroorganisma berfaedah bagi membantu meningkatkan aktiviti mikrob di dalam tanah.
  • FN Rich Bio-Organik terdiri daripada campuran beberapa kultur induk mikrob berfaedah seperti bakteria pengikat Nitrogen (N), Bakteria Pelarut Fosfat (P) dan bakteria Pelarut Kalium (K).

Diperkaya dengan

  • Mycorrhizae 5.0%
  • Trichoderma 0.1%
  • Bakteria NPK 0.1%
  • Dolomite 5.0%

KEUNIKAN FN RICH

  • Ia bebas daripada tanah patogen dan nematod
  • Bebas dari sisa kimia
  • Kombinasi mikrob dan mineral berfaedah
  • Kandungan nutrient yang mencukupi

KELEBIHAN FN RICH

  • Menggalakkan perkembangan akar dan tunas
  • Meningkatkan kecekapan penyerapan air dan nutrient
  • Memperbaiki struktur tanah
  • Meningkatkan daya tahan pokok terhadap penyakit bawaan tanah

DIPERKAYA DENGAN

Mycorrhizae (5.0% w/w)
Sejenis kulat tanah yang berfaedah dan hidup pada akar tanaman. Ia meningkatkan keupayaan akar untuk menyerap nutrient dan air di samping memperbaiki struktur tanah. Ia bertindak dengan memperkukuhkan akar daripada serangan kulat perosak dan membantu tanaman meningkatkan hasil.

Trichoderma (0.1% w/w)
Adalah sejenis kulat yang hidup aktif pada permukaan akar (rhizosphere). Ia bertindak dengan menyediakan lapisan pelindung disekeliling akar bagi melindungi tumbuhan dari serangan kebanyakkan patogen bawaan tanah dengan mewujudkan persaingan dan menyahkan enzim patogen.

Bakteria NPK (0.1% w/w)
Fungsi utama bakteria NPK adalah untuk memudahkan nutrient di dalam tanah iaitu nitrogen, fosforus dan kalium dalam keadaan tersedia dan dapat diserap oleh sistem tumbuhan. Terdiri daripada campuran beberapa kultur induk mikrob berfaedah seperti Bakteria Pengikat Nitrogen (N), Bakteria Pelarut Fosfat (P) dan Bakteria Penggerak Kalium (K).

Dolomite (5.0% w/w)
Berfungsi menaikkan pH tanah dan meningkatkan kandungan unsur nutrien Ca dan Mg. Dolomite juga dapat memperbaiki tekstur, struktur dan sifat biologi tanah.

KADAR PENGGUNAAN FN RICH