NPK FN1 (10:6:20:3+5%AJIB) adalah sejenis baja yang dilengkapi dengan nutrien-nutrien makro dan mikro yang diformulasikan secara seimbang khas untuk keperluan pemakanan bagi tanaman sawit di tanah tropika. Selain itu, nutrien-nutrien mikro terpilih (dalam AJIB formulasi oleh UPM) bukan sahaja meningkatkan hasil berat tandan segar (BTS) tetapi juga merangsang proses lignifikasi dalam batang dan akar pokok sawit.
Proses ini adalah salah satu cara kawalan mekanikal semulajadi dalam pokok bagi mengurangkan serangan penyakit Ganoderma pada tanaman sawit. Laporan kajian sensus selama 3 tahun (2011-2013) di Ladang Serting menunjukkan bahawa blok yang menggunakan baja AJIB kurang dijangkiti penyakit Ganoderma sebanyak 50% berbanding blok yang menggunakan baja biasa. Laporan kajian Espek pada tahun 2006 di Ladang Palong selama 6 tahun (2002-2008) menunjukkan bahawa penggunaan baja AJIb didapati telah menyumbangkan kepada kenaikkan hasil BTS sawit di antara 20-25% melalui peningkatan berat tandan dan bilangan tandan sawit.