Baja Bulk Blend FN1

This post is also available in: enEnglish

fn1

BAJA BULK BLEND FN1

[ewp_column_sub style=one_second responsive=1]NPK FN1 (10:6:20:3+5%AJIB) adalah sejenis baja yang dilengkapi dengan nutrien-nutrien makro dan mikro yang diformulasikan secara seimbang khas untuk keperluan pemakanan bagi tanaman sawit di tanah tropika. Selain itu, nutrien-nutrien mikro terpilih (dalam AJIB formulasi oleh UPM) bukan sahaja meningkatkan hasil berat tandan segar (BTS) tetapi juga merangsang proses lignifikasi dalam batang dan akar pokok sawit.

Proses ini adalah salah satu cara kawalan mekanikal semulajadi dalam pokok bagi mengurangkan serangan penyakit Ganoderma pada tanaman sawit. Laporan kajian sensus selama 3 tahun (2011-2013) di Ladang Serting menunjukkan bahawa blok yang menggunakan baja AJIB kurang dijangkiti penyakit Ganoderma sebanyak 50% berbanding blok yang menggunakan baja biasa. Laporan kajian Espek pada tahun 2006 di Ladang Palong selama 6 tahun (2002-2008) menunjukkan bahawa penggunaan baja AJIb didapati telah menyumbangkan kepada kenaikkan hasil BTS sawit di antara 20-25% melalui peningkatan berat tandan dan bilangan tandan sawit.
[/ewp_column_sub][ewp_column_sub style=one_second responsive=2]tiga-bag-baja-fn1

[/ewp_column_sub]

 

KEISTIMEWAAN BAJA BULK BLEND FN1

Penggunaan berterusan selama 3 tahun dapat mengurangkan jangkitan penyakit Ganoderma (50%) bagi kepada peningkatan hasil (20%).

  • Dalam industri pertanian persis, pemberian nutrien hendaklah mengikut jenis tanaman dan kesesuaian tanah. Dalam konteks ini, Baja Bulk Blend FN1 mudah dirumus gred bajanya mengikut jenis tanaman dan kesesuain tanah.
  • Mengurangkan insiden terjadinya “Law of Minimum” iaitu pada satu-satu masa tidak mengandungi nutrien yang mencukupi pada tanaman.
  • Baja Bulk Blend FN1 bukan sahaja dapat meningkatkan hasil tanaman tetapi juga mengurangkan serangan Ganoderma kerana mengandungi bahan paten AJIB.

APLIKASI BAJA BULK BLEND FN1

[ewp_column style=one_second responsive=1]

aplikasi-fn1Kadar pembajaan yang dinyatakan adalah berpandukan syor umum. Namun untuk mendapat keperluan ianya perlu berasaskan kepada analisis foliar dan jenis tanah.
[/ewp_column]

 

Copyright © 1998- | FELCRA Niaga Sdn Bhd