Ringkasan Eksekutif

This post is also available in: enEnglish

Sektor pertanian di Malaysia mula mendapat tempat dan perhatian oleh semua pihak terutamanya daripada pihak kerajaan dan swasta. Kemajuan teknologi dan tenaga mahir dilihat mampu menjana kepada kemajuan industri ini.

Melihat peluang yang terbuka untuk diterokai, Felcra Niaga Sdn Bhd (FNSB) telah mengembangkan sayap perniagaannya dengan menceburi beberapa bidang utama dalam sektor pertanian. Selari dengan kehendak kerajaan yang ingin memajukan sektor ini, FNSB dilihat sebagai sebuah organisasi yang mempunyai daya saing yang tinggi serta mampu memenuhi kehendak pasaran.

VISI
Menjadi sebuah anak syarikat yang berdaya saing, berdaya maju dan berdaya tahan serta berkembang ke arah pembentukan sebuah kongolomerat yang berjaya.

MISI
Membangunkan sebuah konglomerat yang mempunyai kepakaran dan pengkhususan di dalam pengimportan baja, kontrak kerja pertanian serta pengeluaran produk agro kimia dan pelbagai yang dapat memenuhi kepuasan pengguna dalam menghadapi kecemerlangan global.

 

Copyright © 1998- | FELCRA Niaga Sdn Bhd