FELCRA NIAGA. SDN. BHD.

Felcra Niaga Sdn Bhd (FNSB) merupakan salah sebuah anak syarikat yang dimiliki penuh oleh FELCRA Berhad. Beroperasi sejak tahun 1998 dan kini telah berjaya mengukuhkan nama sebagai sebuah syarikat yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran serta pengkhususan dalam pengurusan baja, kontrak kerja perladangan, pembekalan produk agro-kimia serta niaga pelbagai yang dapat memenuhi kepuasan pengguna dalam menghadapi kecemerlangan global.

Bertunjangkan pertanian, FNSB dalam pelan pembangunan jangka panjangnya berhasrat untuk mengembangkan lagi sayap perniagaannya dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan terkini yang berkait rapat dengan industri pertanian bagi memenuhi permintaan dalam dan juga luar negara.